Cari Blog Ini

Khamis, 17 April 2014

Kisah Benar Pakar Bedah dengan Pesawat Yang Rosak

Kisah benar berlaku di Pakistan. Seorang Dr Pakar Bedah terkenal bernama Dr Ishan tergesa-gesa menuju airport. Beliau akan menghadiri Seminar Dunia dalam bidang perubatan yang akan membincangkan penemuan terbesarnya di dalam bidang perubatan.

Setelah perjalanan pesawat kira-kira 1 jam, tiba-tiba pesawat mengalami gangguan dan perlu mendarat di airport yang terdekat.

Beliau pergi ke bilik penerangan dan berkata: "Saya ini doktor pakar, setiap minit nyawa manusia bergantung pada saya dan sekarang kamu meminta saya menunggu pesawat dibaiki dalam tempoh 16 jam?"
 

Pegawai itu menjawab: "Wahai doktor, jika anda terburu-buru anda boleh menyewa kereta, tujuan anda tidak jauh lagi dari sini, kira- kira dengan kereta mengambil masa 3 jam."

Dr. Ishan setuju dengan cadangan pegawai tersebut dan lalu dia menyewa sebuah kereta. Baru berjalan 5 minit, tiba-tiba cuaca mendung disusuli dengan hujan lebat yang mengakibatkan jarak pandang sangat terhad.

Setelah berlalu hampir 2 jam, dia tersedar yang dia telah tersesat dan terasa keletihan. Kelihatan sebuah rumah kecil tidak jauh dari hadapannya, lalu dia singgah di rumah tersebut. Dia mengetuk pintu dan terdengar suara seorang wanita tua: "Sila masuk, siapa ya?"

Dia masuk dan meminta kepada wanita tua tersebut untuk berehat dan mahu meminjam telefon. wanita tua itu tersenyum dan berkata: "Telefon apa Nak? Apa kamu tidak sedar ada di mana? Di sini tidak ada elektrik, apalagi telefon. Namun demikian, masuklah dahulu untuk berehat, tunggu sebentar saya buatkan teh dan sedikit makanan untuk menyegarkan dan mengembalikan kekuatan kamu. "

Dr. Ishan mengucapkan terima kasih kepada ibu itu, lalu memakan hidangan. Sementara wanita tua itu bersolat dan berdoa, doktor tersebut perlahan-lahan mendekati seorang kanak-kanak yang terbaring tidak bergerak di atas katil disisi wanita tua tersebut dan dia kelihatan gelisah. Wanita tua tersebut meneruskan solatnya dengan doa yang panjang.

Doktor mendatanginya dan berkata: "Demi Allah, anda telah membuat saya kagum dengan keramahan anda dan kemuliaan akhlak anda, semoga Allah mengakbul doa-doa anda."

Berkata wanita tua itu: "Nak, anda ini adalah ibnu sabil yang sudah diwasiatkan Allah untuk dibantu. Sedangkan doa-doa saya sudah dimakbul Allah semuanya, kecuali satu"

Bertanya Dr. Ishan: "Apa doanya?"

Wanita tua itu berkata: "Anak ini adalah cucu saya, dia yatim piatu. Dia menderita sakit yang tidak boleh diubati oleh doktor-doktor yang ada di sini. Mereka berkata kepada saya ada seorang doktor pakar bedah yang mampu menyembuhkan, namanya Dr. Ishan. Tetapi dia tinggal jauh dari sini dan tidak mungkin untuk saya membawa anak ini ke sana. Saya bimbang jika berlaku apa-apa semasa dalam perjalanan. Makanya saya berdoa kepada Allah agar memudahkannya."

Menangislah Dr. Ishan dan berkata sambil teresak: "Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa billah. Demi Allah, sungguh doa ibu telah membuat pesawat rosak dan perlu diperbaiki lama serta membuat hujan petir dan menyesatkan saya, hanya untuk mengantarkan saya ke sini secara cepat dan tepat. Saya lah Dr. Ishan, sungguh Allah swt telah menciptakan sebab seperti ini kepada hambaNya dengan doa. Ini adalah perintah Allah kepada saya untuk merawat anak ini."

Jangan berputus asa untuk berdoa.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
detik islam

CARA MEMBUAT JUS KULIT MANGGIS

RESEP - CARA MEMBUAT JUS KULIT MANGGIS

Share/Bookmark
Posted By Abu Ayaz
Kategori : 
Sudah di lihat :



Bismillah,
Ide membuat jus ini, berangkat dari keinginan kuat diri saya untuk menyembuhkan penyakit jantung koroner yang saya derita semenjak satu bulan sebelum ramadhan 2011, dan juga dari kekesalan saya terhadap produk jadi jus kulit manggis botolan yang harganya tidak masuk akal. Saya pernah mengkonsumsi jus mahal tersebut.

Jadi saya mencoba mengakalinya, bagaimana caranya agar jus ini dapat dinikmati dan dirasakan manfaatnya oleh orang banyak tanpa membebani mereka dengan pengeluaran yang tidak wajar. Dasar rujukan ilmiyah dari resep ini berdasarkan artikel yang dimuat oleh Majalah Trubus No. 503, Edisi Oktober 2011

Langsung saja deh, gak usah kebanyakan basa-basi :
  
Bahan :
- 1 buah manggis.
-  Madu
-  Gula rendah kalori, atau gula aren.
- 1 gelas air matang.

Siapkan 1 buah manggis yang bagus, sudah matang, dengan ukuran sedang sampai besar.
Pilih yang kulitnya paling bersih, dan bebas dari getah2 kuning khas manggis.
Buanglah kelopak manggis (yang berwarna hijau) yang berada di pangkal buah manggis tempat batang manggis tsb.

Cuci bersih buah manggis tsb, utk menghilangkan kotoran dan noda2 yang yg menempel pada kulit manggis.

Jika anda mau, anda boleh mengupas (tipis-tipis saja) kulit luar manggis yang keras itu dan membuangnya.

Siapkan blender, atau alat pembuat jus.
Bukalah manggis dengan tangan sehingga pecah merekah.

WALAUPUN INI JUS KULIT MANGGIS, TAPI BUKAN HANYA KULITNYA SAJA YANG DI JUS, tapi semuanya, TERMASUK BIJINYA.
Jadi, masukkan semua daging manggis (yg berwarna putih sekalian biji manggis didalamnya) kedalam wadah blender.

Potong2lah kulit manggis (daging kulit), boleh dengan pisau, atau boleh dengan menyobek2nya, dan masukkan juga kedalam wadah blender.

Tambahkan 4-5 sendok makan madu, dan air matang sebanyak 1 gelas (350-400 cc). Nantinya jika kurang manis, boleh ditambahkan madu secukupnya atau gula aren atau gula rendah kalori (Tropicana Slim) sesuai selera.

Blenderlah manggis beserta kulit (daging kulit), dan bijinya tsb sampai benar-benar halus (sekitar 3 - 4 menit).

Jus kulit manggis telah siap.
Simpanlah dalam wadah yang bisa di tutup rapat, bisa botol, atau wadah Tupperware, dan simpan di lemari es.

Aturan pakai :
3 x sehari, @3-4  sendok makan (40cc)  setelah makan.

CATATAN  :
- Jus ini rasanya tidak enak. Untuk merubah rasanya agar lebih enak, silahkan berimprovisasi dengan menambahkan 1 sendok teh cuka rosella, atau cuka apel,  atau setengah buah apel, atau 8 buah  buah anggur, atau perasan jeruk lemon dll.
(Tapi kalau saya pribadi, tidak ada masalah dengan rasa jus yg tidak enak ini) Dan jika anda ingin berimprovisasi, maka pikirkan agar bahan2 tambahan yang anda campurkan, tidak merusak rasa asli dan khasiat dari kulit manggis itu sendiri.

- Permukaan atas jus ini akan menghitam jika terkena udara, ini tidak ada masalah, tidak perlu dibuang lapisan yang menghitam ini.

- Tidak disarankan untuk  dikonsumsi dalam keadaan perut kosong.

- Pada awal pemakaian, perut terasa tidak enak. Maka tidak usah kuatir. Ini biasa, sebab ada reaksi tindak balas utk pertama kali dari tubuh terhadap kandungan zat dalam jus ini.
Untuk pemakaian berikutnya, rasa tidak enak ini akan hilang dengan sendirinya (at least, ini yang saya alami)

Dalam 2-3 hari pemakaian, efek pengobatan dari jus ini akan membuahkan hasil secara nyata dan signifikan, setidaknya itu yang saya alami terhadap penyakit jantung koroner saya.

Anda boleh menyebarkan resep ini (copas), TAPI jangan lupa, untuk mengemban amanat imiyah, sertakan sumber rujukan ilmiyah dari url link mana anda mengcopasnya.

Dan jika anda mau,  anda boleh membuka usaha penjualan jus ini, tanpa harus membayar apapun kepada saya. Tapi ingat, jangan racuni konsumen anda dengan bahan pengawet.

Semoga bermanfaat.
Author : -Abu Ayaz-


Read more: http://abuayaz.blogspot.com/2011/12/resep-cara-membuat-jus-kulit-manggis.html#ixzz2z9J0iLxW

Isnin, 14 April 2014

manggis

http://www.madumanggis.com/

buah semangka

http://www.gakbasi.com/6-manfaat-buah-semangka-bagi-kesehatan.html

http://www.gakbasi.com/manfaat-buah-labu-bagi-kesehatan.html

manfaat manggis

http://www.gakbasi.com/10-manfaat-buah-manggis-untuk-kesehatan.html

Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan

Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan

SAKIT belakang tidak semestinya memerlukan pembedahan sebagai kaedah penyelesaiannya. - gambar hiasan.


Saya tidak mahu dibedah untuk pulihkan masalah sakit belakang saya. Saya takut jika pembedahan itu tidak berjaya dan saya lumpuh. Saya tidak yakin sanggup menanggung akibatnya," kata Siti Ismail, seorang wanita bertubuh kecil yang aktif bersukan mewakili tempat kerjanya, seperti badminton dan ping pong.
Sakit belakang yang dialaminya sejak beliau mengangkat sebuah pasu bunga berat, kini merupakan kebimbangan utamanya.
Selepas bertemu dengan beberapa pakar ortopedik, pakar neurologi serta pengamal perubatan alternatif, Siti yakin bahawa sakit belakang beliau boleh dirawat tanpa pembedahan. Dan beliau yakin keputusan beliau betul!
Dr. Siow Yew Siong, seorang Pakar Bedah Ortopedik berpengalaman, mengesahkan bahawa pembedahan bukan satu-satunya kaedah pemulihan sakit belakang dan ia bukan dalam senarai keutamaan rawatan bagi mereka dengan masalah spina degeneratif.
SAKIT BELAKANG
"Kebanyakan mereka yang mengalami sakit belakang menyeksakan khususnya di bahagian bawah badan ialah yang berusia lebih 45 tahun. Ini disebabkan oleh tulang spina yang menebal dan juga ligamen. Sebenarnya, kaki yang berasa kebas merupakan sebahagian daripada simptom sakit belakang, khasnya di bahagian bawah," jelas Dr. Siow.
Apabila ditanya berapa lama tempoh yang diambil oleh mereka yang mengalami sakit belakang untuk mengatasi kesengsaraan ini, tidak kira semasa berdiri atau duduk, Dr. Siow berkata: "Pertama, kami perlu bertanyakan kepada pesakit sejarah terperinci sakit belakang yang mereka alami. Kemudian, menguji kekuatan otot untuk memastikan refleks mereka. Satu ujian darah dilakukan untuk mengenal pasti punca sakit yang teruk ini.
"Langkah berikut ialah ujian MRI ataupun Magnetic Resonance Imaging, yang akan mengenal pasti sama ada sakit itu disebabkan oleh masalah tulang degeneratif atau kecederaan," katanya ketika ditemui pada forum kesihatan umum bagi Sakit Belakang dan Kaki Kebas, baru-baru ini.
Satu ujian saraf kemudian dijalankan untuk mengenal pasti saraf yang terbabit dalam sakit yang menyeksakan ini. Imbasan tulang hanya dilakukan untuk mendiagnosis bahagian tulang yang terbabit dan juga untuk memantau apa-apa jangkitan selepas kecederaan berlaku.
"Saya cadangkan pencegahan sebagai cara terbaik dalam mengelak sakit belakang yang menyeksakan ini. Lakukan senamanan Neural Flossing. Ia hanya mengambil masa 30 minit; 10 minit apabila anda bangun pagi, sebelum turun dari katil untuk ke tandas dan 20 minit sebelum anda masuk tidur.
"Pesakit saya sentiasa memberi alasan yang mereka kesuntukan masa. Pastikan tilam anda mampat, supaya ia dapat menampung badan anda dengan baik," tegas Dr. Siow apabila ditanya akan kaedah rawatan terbaik bagi sakit belakang.
RAWATAN BAGI SAKIT BELAKANG
Menurut beliau, setiap orang harus meneliti dengan serius postur berdiri dan duduk masing-masing.
Nasihat beliau, pastinya wajar diberikan pertimbangan khusus bagi mereka yang menaip berjam-jam di hadapan komputer di ruang kerja mereka.
"Duduk lama di satu tempat tidak baik untuk tulang belakang anda. Saya menggalakkan pesakit saya untuk mengingatkan rakan-rakan mereka supaya berdiri untuk beberapa minit selepas duduk selama sejam."
"Berjalan pastinya disyorkan, walaupun mungkin ada majikan yang tidak senang dengan kakitangan 'hiperaktif' yang berjalan semasa waktu kerja," tambah Dr. Siow berseloroh.
Harus diingati yang tiada siapa yang terkecuali daripada sakit ini, tidak kira muda atau tua.
Sebenarnya, sakit belakang yang dialami oleh pesakit muda tidak kurang serius berbanding golongan berusia yang mengalaminya. "Bagi kanak-kanak, ia sebahagian daripada proses pembesaran mereka," jelas Dr. Siow kepada seorang ibu yang meminta penjelasan semasa forum itu.
Seorang lagi yang hanya mahu dikenali sebagai Nordin, bertanya mengenai teknik serta keberkesanan rawatan frekuensi radio oleh kerana ramai yang takut untuk menjalani pembedahan.
Pakar ini menjelaskan bahawa di bawah prosedur gelombang radio, saraf di tempat berkenaan dibakar dan rawatan ini boleh menghentikan rasa sakit bagi tempoh 9 hingga 12 bulan.
Bagaimanapun, untuk memastikan tempoh bebas sakit yang lebih lama latihan Neural Flossing mesti dijalankan secara berterusan.
POSTUR BAIK
Aneh sekali, selepas itu pesakit biasanya lupa masalah mereka itu dan mereka akan leka semula apabila tiada sakit ini selama 12 bulan. Mereka juga mengabaikan senaman dan akhirnya sakit belakang ini menghantui mereka semula.
Saraf menghantar perutusan sakit ke otak. Oleh itu apabila saraf dirawat mengikut prosedur ini, ia menghentikan perutusan sakit. Bagaimanapun, saraf ini boleh hidup semula dan tumbuh.
Terdapat kes di mana saraf-saraf ini walaupun kembali berkomunikasi dengan otak, tiada lagi rasa sakit. Ini kerana pesakit terus menjalani fisioterapi dan latihan secara berjadual.
Hari ini, terdapat pelbagai penawar untuk merawat sakit belakang, yang boleh menjejaskan kehidupan.
Epidural Lysis dan Radiofrequency Ablation kini terdapat di Malaysia, satu terapi intervensi untuk meredakan sakit akut dan kronik.
"Saya hanya akan mengesyorkan pembedahan jika ia benar-benar perlu khususnya apabila ia menjejaskan gaya hidup pesakit. Walaupun demikian, kita perlu menilai sakit ini terlebih dahulu kerana pembedahan tidak bermakna rasa sakit ini akan hilang. Saya menasihatkan kepada sesiapa sahaja supaya menjaga dengan baik postur mereka, gunakan pendakap secara berterusan untuk mengelakkan bongkok. Rawat sebarang kesakitan dengan merujuk kepada doktor yang pakar dalam bidang ini," Dr Siow mengingatkan semua.
Menjaga postur anda semasa menggosok pakaian juga penting kerana pergerakan mendadak tulang belakang boleh menimbulkan masalah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0309&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz2yrV6NgWt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rabu, 26 Februari 2014

solat minta hujan

Shah Alam: Lebih 600 penduduk sekitar Selangor menghadiri Solat Sunat Istisqo' (Solat Minta Hujan) di Dataran Kemerdekaan, di sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Selain penduduk setempat, solat sunat itu turut dihadiri ratusan pelajar sekolah agama dan Maahad Tahfiz negeri ini bersama guru mereka. 
Solat sunat dua raka'at itu diimamkan oleh Imam Masjid Negeri Sheikh Abdul Karim Omar manakala khutbah serta doa dibacakan penceramah bebas, Ustaz Nazmi Abd Karim. 

Nazmi dalam khutbahnya, turut mengecam pemimpin yang tidak turun padang bersama-sama rakyat untuk memohon kepada Allah SWT dalam keadaan yang disifatkan sebagai balasan Tuhan ini.
Foto
FOTO Na'imah Mohamed

Turut hadir, Imam Besar Masjid Negeri Ahmad Mustafa Mohd Sidin dan Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mazalan Md Nor.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/27

Selasa, 25 Februari 2014



Khomeini : Meminta Hajat kepada Batu Bukan Termasuk Kesyirikan


Berikut adalah petikan penjelasan Ayaatusy-Syaithaan Khomeini tentang konsep kesyirikan yang dipahaminya.
قد يقال إن الشرك طلب الحاجه من الأموات لأنه لا نفع ولا ضرر من نبي أو إمام ميتين إن هما إلا كالجمادات
“Dikatakan bahwa sesungguhnya kesyirikan adalah meminta hajat kepada orang yang telah meninggal, karena tidak ada manfaat dan tidak pula kemudlaratan yang dapat timbulkan oleh nabi ataupun imam yang telah meninggal. Sesungguhnya keduanya hanyalah seperti benda-benda mati”.
Kemudian Al-Khomeini melanjutkan penjelasannya:
والجواب عن هذا التوهم
أولا : لم تبينوا لنا معن الشرك والكفر حتى نعتبر كل ما نريده حسب رأيكم شركا وبعد أن اتضح ان الشرك هو طلب شئ من أحد غير الله باعتبار أنه الرب ,وما عدا ذلك فليس شركا , لا فرق في ذلك بين الحي والميت حتى ان طلب الحاجة من الحجر والمدر ليس شركا وان كان عملا لغوا باطلا
“Dan jawaban dari anggapan ini adalah:
Pertama : Anda tidak menjelaskan kepada kami makna syirik dan kufur hingga kami dapat mempertimbangkan segala hal yang kami inginkan sebagai kesyirikan menurut pendapat Anda. Selanjutnya, menjadi jelas bahwa kesyirikan itu adalah meminta sesuatu kepada seseorang (atau sesuatu) selain Allah dengan menganggapnya sebagai Rabb. Apa saja yang selain itu ( = asalkan tidak menganggapnya sebagai Rabb), maka bukanlah kesyirikan. Tidak ada perbedaan dalam hal itu antara yang hidup dan yang mati, sampai bahkan jika ada seseorang meminta hajat kepada batu dan tanah, maka itu bukan kesyirikan – meskipun itu adalah perbuatan yang berlebih-lebihan lagi baathil.......” [selesai – dari Kasyful-Asraar, hal. 56].
Tak ada komentar dari saya.










Rabu, 12 Februari 2014

Pengalaman Ngeri Rakyat Malaysia Di Segitiga Bermuda

Posted: 12 Feb 2014 02:00 AM PST
Misteri! Pengalaman Ngeri Rakyat Malaysia Di Segitiga Bermuda | Sebelum iniMelayukini.net pernah berkongsi sebuah artikel yang berkaitan tentang misteri Segi Tiga Bermuda yang sehingga kini masih belum terungkai (LINK). Apa yang kita pernah dengar ialah apabila sesiapa sahaja yang melalui di kawasan ini, jika bernasib baik ia mampu menyusuri dengan selamat, jika tidak adalah sebaliknya. Kini terdapat satu artikel yang menceritakan tentang pengalaman sebenar rakyat Malaysia ketika melalui perairan di Segitiga Bermuda ini.
triangle
Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah akuditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu. pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui pelayar-pelayar dari malaysia Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.
petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.
aku,ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur. “weh apsal ko termenung bro”? sapa bahtiar sambil menolak bahuku. “Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh hairan. “Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni”? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana “weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene lalu segitiga tu baru sampai sana”? “ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni” kata ramzul.
Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah..”segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank risau apehal”? seloroh aku.. “ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu”. kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. ” dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan” madah aku dengan penuh yakin.
Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.
Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia laluan segitiga bermuda. bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. ” apa… kapten tak berasa risau melalui laluan ni”? tanyaku dengan penuh berani.
ini pertama kali saya mengikuti laluan ni… sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan” kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.
aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.
ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju ”weiii.. korang nampak tak kat sana?” tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. ”mana taka ada apa2 pon” pintas ramzul. ”ada aku mmg nmpak tadi” yakin kata2 bahtiar itu. ”apa yang kamu nampak” kata ku. ”aku nmpak kapal” jawab bahtiar. “Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini” pintas ramzul lagi. ” takk.. aku nampak kapal zaman portugis” yakin bahtiar lagi. ”biar betul kamu ni bahtiar”? tanya ku dengan penuh kepastian.
Aku sekali lagi mengamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. ”ramzulll.. minorrr” jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku beliau pun sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas.
Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia pun didalam kapal tersebut.
Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. ”apa yang terjadi kapten”? “entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri” kata kapten zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.
Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah mereka sedar.. ” apa yang kita nak buat ni?” kata bahtiar. angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan… para pasukan keselamatan pun bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan ”ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri” kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. ”ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya” kataku di hati kecil”. dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.
kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata “cepat AZAN.. tengok tuu” kapten menunjuk jari ke depan ..
Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR ..
biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini..tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai melaungkan Azan.. wpt.dan apabila didalam kapal itu bergema Azan.. selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi ” Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun ” diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata ” TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU” krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku.
Keadaan pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus.wpt. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik.
perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik..
ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR.. wassalam…

Selasa, 11 Februari 2014

Dari Berita Harian

Mudah gemuk jika ada kereta, komputer

2014/02/12

Washington: Orang yang memiliki kereta, televisyen dan komputer di rumah tetapi tinggal di negara berpendapatan rendah mempunyai kemungkinan lebih besar untuk menjadi gemuk berbanding mereka yang tidak memiliki kemudahan berkenaan, kata penyelidik.

Makan lebih banyak, duduk tanpa melakukan senaman dan selalu memandu adalah punca mengapa mereka ini menambah berat badan dan menyebabkan terdedah kepada risiko kencing manis, kata penyelidik.

Hasil kajian

Hasil kajian dalam Jurnal Perubatan Kanada itu menyatakan rakyat di negara yang meniru gaya hidup Barat perlu berhati-hati bagi mengelak bahaya kesihatan.

“Dengan meningkatnya kemudahan di zaman moden ini seperti televisyen, kereta dan komputer, kadar obesiti dan kencing manis juga semakin meningkat di negara berpendapatan rendah dan sederhana sama seperti di negara berpendapatan tinggi,” kata penulis Scott Lear dari Universiti Simon Fraser.

“Ini boleh membawa kepada potensi masalah kesihatan yang besar di negara ini.” AFP